Thursday, December 23, 2010

:: KUNJUNGAN DARI CHEF TERKENAL ::

Pada 2 Disember 2010, Chef Arm telah datang berkunjung ke Perpustakaan Desa Puncak Alam.
Beliau telah berbesar hati menyumbangkan Buku Hidangan Terbaik Dunia untuk dipinjamkan kepada pengunjung perpustakaan.

 Bergambar bersama beliau.


Mengenai Chef Arm :
Chef Shamsul Anuar atau pun lebih dikenali sebagai Chef Arm adalah bekas Executive Chef dan kini merupakan pemegang saham di salah sebuah restoran terkenal di Malaysia. Beliau aktif menganjurkan bengkel, kelas masakan dan program demonstrasi masakan. Beliau juga aktif menyumbangkan resepi dalam pelbagai majalah terkemuka Malaysia serta sering menjadi juri dalam pelbagai pertandingan masakan anjuran jenama makanan terkenal. Chef Arm juga kini aktif berkecimpung dalam dunia pengacaraaan TV dalam beberapa program mesakan terbaru.
Antara Buku Masakan yang disumbang oleh beliau di Perpustakaan Desa Puncak Alam :






:: INDOOR GAME ACTIVITY ::

 Indoor game setiap hari Sabtu setiap minggu.
Sasaran pada pelajar sekolah rendah dan menengah. 





Permainan Saidina

Permainan Chess

Permainan Congkak

Permainan Dam Haji

Monday, November 1, 2010

:: KEAHLIAN DAN PINJAMAN ::

Syarat Keahlian
  1. Menyediakan satu salinan kad pengenalan (remaja dan dewasa).
  2. Menyediakan satu salinan sijil kelahiran (kanak-kanak bawah 12 tahun).
  3. Penjamin mestilah ayah atau ibu / isteri atau suami.
  4. Penjamin mestilah bermastautin di Selangor
  5. Proses pendaftaran keahlian adalah 10 minit pada hari bekerja.
  6. Keahlian adalah selama 2 tahun dari tarikh mendaftar.
  7. Keahlian adalah PERCUMA, tiada dikenakan bayaran.

Syarat Pinjaman

  1. Seorang ahli berdaftar layak menerima 3 kad untuk pinjaman 3 buah buku.
  2. Pinjaman dalam masa 3 minggu.
  3. Pemulangan buku hendaklah dibuat mengikut tarikh yang diberikan.
  4. Kehilangan buku pinjaman akan dikenakan bayaran mengikut harga buku.